28 January 2017

Persediaan berhenti kerja untuk berniaga

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google



Tip ni Kak NiHa salin hasil carian Google untuk nota sendiri. Kak NiHa masukkan dalam blog untuk mudahkan rujukan dan kongsi dengan semua. Tiada sumber sebab dah campur-campur. Jika pemiliknya terbaca, mohon komen beri izin ya :)

Persediaan berhenti kerja makan gaji untuk berniaga sepenuh masa:

1. Ada simpanan perbelanjaan asas untuk 6 bulan hingga 2 tahun.

2. Kurang atau tiada hutang bank.

3. Ada keperluan asas (rumah).

4. Dapat restu suami/ibu bapa.

5. Kuat mental dan emosi

6. Jelas dengan tujuan perniagaan.

 7. Ada perancangan perniagaan.
    Ada matlamat jangka pendek (3-6 bulan) dan jangka panjang.
    Ada pelan tindakan.

 8. Bekerja 12-14 jam sehari.

9. Elakkan pinjaman bank untuk mula berniaga.

10. Guna 1/3 sahaja duit simpanan untuk memulakan perniagaan.

11. Ada sahabat dan mentor perniagaan.

12. Ada pengalaman bekerja dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi.

13. Ada rancangan kecemasan (jika perniagaan tidak berjaya).

14. Bersedia untuk ikat perut.

15. Bidang perniagaan yang mempunyai aliran tunai pantas (trading) bukan consignment.
      Tukar bidang perniagaan lain jika tiada keuntungan 6 bulan berturut-turut.

16. Keuntungan perniagaan sambilan telah mencecah 3 kali ganda gaji atau sama dengan gaji sekarang    selama 6 bulan berturut-turut.

Kak NiHa ada baca dari FB seorang usahawan. Beliau mengambil masa 2 tahun berdoa dan istikharah sebelum berhenti kerja makan gaji.

Apabila Allah telah memberi jawapanNya, insyaAllah kita dpat membuat keputusan dengan tenang dan terbaik bukan sekadar mengikut gerak hati semata-semata.

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

 ===========
Anda menjual produk berkaitan penyusuan susu ibu? 
Iklankan produk anda secara PERCUMA di SINI >> http://bit.ly/butikPSI

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

27 January 2017

Persediaan Cuti Tanpa Gaji

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 27 dari 59 hari Cuti Tanpa Gaji tapi bukan tanpa rezeki insyaAllah :D

Sebenarnya bila ada kawan-kawan yang cuti tanpa gaji, teringin nak tumpang sekaki tapi tiada sebab kukuh. Nak golek-golek di rumah, nak lari dari kerja bertimbun dan tak nak stress bukan sebab terbaik kerana di rumah pun kerja tak pernah habis. Silap haribulan, sama je stressnya macam di ofis. Duit tiada lagi stress. Pendek kata, buat pilihan bukan untuk lari dari sesuatu isu tapi untuk fokus pada solusi dan prioriti.

Niat yang kuat untuk cuti tanpa gaji tu bermula bila anak menghadapi isu school refusal bermula April 2016. Cerita anak istimewa Kak NiHa di SINI.

Persediaan cuti tanpa gaji tu bermula dengan mendapatkan maklumat tentang proses permohonan cuti tersebut. Google je ;) Dapatkan maklumat di laman web JPA, laman web majikan dan telefon ke bahagian sumber manusia. Kak NiHa kongsikan pengalaman cuti tanpa gaji penjawat awam sahaja  ya.

Cuti tanpa gaji (CTG) penjawat awam ni ada 3 pilihan :
1. Biasa
2. Menjaga anak
3. Mengikut pasangan

Kak NiHa kategori cuti tanpa gaji biasa. Syarat-syaratnya:

(a) Diberi atas sebab-sebab persendirian yang mustahak termasuklah sebab-sebab bersalin;
(b) Kelayakan sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak
      melebihi 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan;
(c) Telah berkhidmat tidak kurang dari 6 bulan;
(d) Cuti rehat yang dilayaki hendaklah dihabiskan sebelum memulakan cuti tanpa gaji.

Bagi majikan Kak NiHa, syarat permohonan adalah 1-3 bulan sebelum bercuti. Cetak borang dan majukan kepada Ketua Unit, Penolong Pendaftar dan Ketua PTJ. Kak NiHa hantar borang sebulan lebih je sebelum bercuti. Alhamdulillah prosesnya lancar.

Sebelum ada kekuatan hantar borang tu, lama juga fikir, doa, solat hajat, solat istikharah. Suami memang ada usulkan cadangan cuti tanpa gaji sejak April tapi Kak NiHa belum bersedia. Banyak yang kena fikir dari segi kerja dan kewangan. Akhirnya dapat keyakinan untuk mula bercuti pada Januari-Februari kerana anak akan masuk ke sekolah baru dan tempoh percubaan di sekolah tersebut adalah 3 bulan.

Cuti tanpa gaji ni memerlukan persediaan mental dan emosi yang kuat terutama bagi ibu bekerja yang sudah biasa menanggung sebahagian perbelanjaan keluarga dan membeli apa yang dihajati tanpa meminta duit suami. Tiba-tiba tiada lagi duit 4 angka dalam akaun. Risau, sedih semua ada.

Namun yang memberi kekuatan adalah Allah dan SEBAB utama kita memohon cuti tanpa gaji. InsyaAllah rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk. Bersedia untuk merubah rutin dan gaya hidup untuk sementara waktu.

Salah satu amalan yang  membantu kita untuk rasa tenang dan memudahkan urusan adalah bersedekah dan doa khusus (niat apa yang kita nak) semasa beri/bank in duit tersebut.

Berikut Kak NiHa kongsikan: 
Persediaan kewangan sebelum Cuti Tanpa Gaji:-

1. Senaraikan jumlah perbelanjaan wajib/tetap.

Bagi Kak NiHa, setiap bulan akan bayar pinjaman kereta, 3 kad perubatan, yuran KAFA.

2. Senaraikan jumlah perbelanjaan yang tidak tetap (boleh dikurangkan)

Contoh: internet (broadband), minyak kereta, makan minum, hadiah ibubapa.

Bil telefon Kak NiHa, kongsi-kongsi bayar dengan suami.

Untuk duit hadiah ibubapa, ada Kak NiHa baca kena teruskan beri amaun yang sama walaupun pendapatan berkurang. InsyaAllah, korek tabung yang ada :)

Kos perubatan turut diambil kira. Kak NiHa syukur kerana masih 'ditaja' sepenuhnya oleh majikan walaupun cuti tanpa gaji, masih boleh ke klinik panel. Sepanjang cuti tanpa gaji ni, 2 kali juga ke klinik kerana diri sendiri dan anak kurang sihat.

3. Semak simpanan.

Selain duit, emas juga sangat membantu semasa kita perlukan sumber kewangan. Ia boleh dipajak dan ditebus apabila mendapat gaji setelah kembali bekerja.

4. Bincang dengan suami sama ada beliau boleh mengambil alih bayaran tersebut.

Jika tidak dapat, boleh guna duit simpanan yang ada.

5. Semak lebihan gaji yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mengikut tempoh cuti tanpa gaji.

Jika boleh guna duit lebihan gaji, kita tidak perlu guna duit simpanan yang ada.

Kak NiHa menyimpan separuh dari gaji selama 2 bulan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Kena 'puasa shopping'..huhu.

6. Sediakan duit tambahan.

Duit ini boleh diambil dari Tabung Syiling, Tabung RM5RM20, Tabung RM100 atau dari perniagaan sambilan. Duit online biz Kak NiHa tidaklah banyak, tapi bolehlah untuk beli nasi sebungkus dua dan kuih muih masa dah jemu makan masakan sendiri :D

Duit tambahan ini juga boleh dapat dengan menjual barangan terpakai di rumah. Ada kawan FB yang boleh dapat RM1 ribu sehari!

Kak NiHa baru nak asingkan mana yang boleh dijual/sedekah.

7. Tutup mata pada kehendak.

Semasa tempoh menyimpan separuh dari gaji, Kak NiHa memang scroll laju-laju atau hide iklan baju. Barang lain kurang menggoda tapi kalau bab baju Kak NiHa kalah sikit. Untuk ganjaran awal atas pengorbanan cuti tanpa gaji Kak NiHa beli awal-awal 2 helai abaya pada harga promosi.

Semasa cuti tanpa gaji ni, terasa jugalah kena kawal betul-betul perbelanjaan. Lauk pauk pun kena bajet-bajet. Sentiasa ingat nak jimat, nak jimat. Elakkan cakap tiada duit sebab kata-kata dan rasa tu juga adalah doa. Adalah juga terlepas cakap bila belek dompet dah kosong tapi cepat-cepat reset minda semula, insyaAllah duit tu akan datang dari arah tak disangka-sangka.



Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Anda menjual produk berkaitan penyusuan susu ibu? 
Iklankan produk anda secara PERCUMA di SINI >> http://bit.ly/butikPSI. 


Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
 Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha. 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

27 July 2016

Bagaimana mahu berjaya simpan duit bagi pekerja makan gaji?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

[Image source]
Simpan duit? Macamanalah nak simpan duit di zaman sara hidup tinggi ni kan? 
Saya dan anda tidak akan berjaya menyimpan duit jika hanya mengeluh setiap hari. Habis bulan habis gaji. Tabiat menyimpan (menabung) ni bukan tentang berapa jumlahnya tetapi lebih kepada bagaimana nak konsisten walaupun hanya 10 sen. Bagaimana nak paksa diri untuk "menghargai" penat lelah bekerja dengan "memberi" wang kepada diri sendiri :D

Bagi pekerja makan gaji, kita ada portion 10% dari duit untuk belanja apa yang kita nak. Saya kongsikan Panduan Mengurus Kewangan di SINI. 10-20% adalah untuk simpanan. Anda boleh tetapkan ikut keperluan. 

Yang penting, seimbang. Janganlah simpan semua sehingga tak dapat menikmati apa yang kita perlu hari ini. Saya teringat kisah benar orang kampung yang sangat berjimat cermat kerana mahu kumpul duit untuk beli tanah. Makanan dicatu, beli yang murah dan kurang khasiat kerana takut duit habis. Akhirnya kesihatan pun terjejas sebab asyik kerja kuat dan gaya hidup tak seimbang.

Pagi ini saya baca beberapa blog tentang rahsia menabung. Maklumlah minggu gaji bagi pekerja kerajaan/badan berkanun. Minggu kira-kira bagi saya. Kira-kira berapa yang nak simpan, berapa nak belanja. Alhamdulillah, setelah lama tak tolak terus duit gaji ke Tabung Haji melalui ATM transfer, berjayalah juga buat pada gaji bulan ni.
Salah satu dari 5 Tips Menyimpan Yang Efektif di blog Pak Di ialah Standing instruction/Auto Debit
Boleh buat terus di akaun gaji kita. Selalunya saya transfer dengan ATM je. Dah link akaun Tabung Haji. And kena kuat iman bila buat link macam ni ya..he..he..sebab kebarangkalian nak ambil tu mudah, 'cucuk' je macam 'cucuk' duit gaji. Apa yang buat saya kuatkan iman? Tak lain tak bukan, target simpanan jangka masa panjang. Ada impian besar. Jadi saya kena gigih berusaha.

Pak Di juga kongsikan tentang main kutu.
Inipun saya sedang buat dengan kawan-kawan ofis. Cuma jumlah duit yang dapat tu saya guna untuk belanja besar seperti insuran kereta, roadtax dan lain-lain. Ada kawan yang beli emas. Bagus juga tu.

3 tip lain adalah Kumpul Si Hijau, Simpan Duit Syiling dan Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM.
Kesemua ini saya sedang buat juga. Sama seperti main kutu, jumlah duit yang dapat adalah untuk belanja besar/tahunan seperti raya, keperluan anak sekolah, keperluan rumah atau top up mana yang kurang. Akaun tanpa kad yang ada hanya Tabung Haji. ASB dah tutup sebab ikut fatwa negeri Selangor 2011.

Kepada pekerja makan gaji, bolehlah cuba tip di atas ya.
Reward lah sendiri dengan jumlah simpanan yang semakin bertambah ;)


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.
===========
Anda menjual produk berkaitan penyusuan susu ibu?
Iklankan produk anda secara PERCUMA di SINI >>  http://bit.ly/butikPSI

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 

 Jemput ke >> Simpan 1 g 1 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...