27 July 2016

Bagaimana mahu berjaya simpan duit bagi pekerja makan gaji?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

[Image source]
Simpan duit? Macamanalah nak simpan duit di zaman sara hidup tinggi ni kan? 
Saya dan anda tidak akan berjaya menyimpan duit jika hanya mengeluh setiap hari. Habis bulan habis gaji. Tabiat menyimpan (menabung) ni bukan tentang berapa jumlahnya tetapi lebih kepada bagaimana nak konsisten walaupun hanya 10 sen. Bagaimana nak paksa diri untuk "menghargai" penat lelah bekerja dengan "memberi" wang kepada diri sendiri :D

Bagi pekerja makan gaji, kita ada portion 10% dari duit untuk belanja apa yang kita nak. Saya kongsikan Panduan Mengurus Kewangan di SINI. 10-20% adalah untuk simpanan. Anda boleh tetapkan ikut keperluan. 

Yang penting, seimbang. Janganlah simpan semua sehingga tak dapat menikmati apa yang kita perlu hari ini. Saya teringat kisah benar orang kampung yang sangat berjimat cermat kerana mahu kumpul duit untuk beli tanah. Makanan dicatu, beli yang murah dan kurang khasiat kerana takut duit habis. Akhirnya kesihatan pun terjejas sebab asyik kerja kuat dan gaya hidup tak seimbang.

Pagi ini saya baca beberapa blog tentang rahsia menabung. Maklumlah minggu gaji bagi pekerja kerajaan/badan berkanun. Minggu kira-kira bagi saya. Kira-kira berapa yang nak simpan, berapa nak belanja. Alhamdulillah, setelah lama tak tolak terus duit gaji ke Tabung Haji melalui ATM transfer, berjayalah juga buat pada gaji bulan ni.
Salah satu dari 5 Tips Menyimpan Yang Efektif di blog Pak Di ialah Standing instruction/Auto Debit
Boleh buat terus di akaun gaji kita. Selalunya saya transfer dengan ATM je. Dah link akaun Tabung Haji. And kena kuat iman bila buat link macam ni ya..he..he..sebab kebarangkalian nak ambil tu mudah, 'cucuk' je macam 'cucuk' duit gaji. Apa yang buat saya kuatkan iman? Tak lain tak bukan, target simpanan jangka masa panjang. Ada impian besar. Jadi saya kena gigih berusaha.

Pak Di juga kongsikan tentang main kutu.
Inipun saya sedang buat dengan kawan-kawan ofis. Cuma jumlah duit yang dapat tu saya guna untuk belanja besar seperti insuran kereta, roadtax dan lain-lain. Ada kawan yang beli emas. Bagus juga tu.

3 tip lain adalah Kumpul Si Hijau, Simpan Duit Syiling dan Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM.
Kesemua ini saya sedang buat juga. Sama seperti main kutu, jumlah duit yang dapat adalah untuk belanja besar/tahunan seperti raya, keperluan anak sekolah, keperluan rumah atau top up mana yang kurang. Akaun tanpa kad yang ada hanya Tabung Haji. ASB dah tutup sebab ikut fatwa negeri Selangor 2011.

Kepada pekerja makan gaji, bolehlah cuba tip di atas ya.
Reward lah sendiri dengan jumlah simpanan yang semakin bertambah ;)


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.
===========
Anda menjual produk berkaitan penyusuan susu ibu?
Iklankan produk anda secara PERCUMA di SINI >>  http://bit.ly/butikPSI

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 

 Jemput ke >> Simpan 1 g 1 bulan

31 March 2016

DITUTUP * Agen Dropship Abaya Patuh Syari'ah *

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

TAWARAN AGEN DROPSHIP TELAH DITUTUP



Whatsapp/Telegram ADS ke 011-2300 8261 
atau 
email dengan subjek ADS ke nikhabiz@gmail.com
Klik pada gambar

Terma & Syarat Agen Dropship Abaya SiFu

- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Dropship yang berdaftar secara automatik akan menjadi AGEN DROPSHIP TUDUNG LABUH secara PERCUMA
- Komisyen bergantung kepada jenis tudung @ produk. Komisyen bermula RM10 (minimum) sehingga RM30 (maksimum). 
- Sebarang kerosakan @ masalah pada produk, customer Agen Dropship boleh menghantar produk tersebut ke pihak kami. 
- Terma dan syarat ini tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah TANPA notis pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan agen dengan budi bicara pihak syarikat.
- TIADA syarat minimum jualan setiap bulan. Jika anda tidak aktif membuat jualan selama 6 Bulan, keahlian anda dibekukan & perlu nyatakan alasan  kenapa anda tidak aktif.
- Yuran dropship adalah sebanyak RM80.  Yuran ini adalah paling MAHAL di pasaran kerana: 
  • - SiFu adalah 'Customize Abaya Center'
  • - Jubah Abaya SiFu bukan lambakan stok sebaliknya dijahit mengikut pilihan customer (personal touch). 
  • - Pelbagai Pilihan design menarik untuk 'Mix & Match'
  • - Updated Ilmu Bisnes Online (Bernilai Rm1000+ Diberi PERCUMA!)
  • - Komisen Tinggi (sehingga Rm30/helai)
  • - Program Affiliate (Komisyen Agen Cari Agen)
  • - Group Bisnes yang Sangat Supportive
  • - Hadiah Bulanan (Jualan Tertinggi & Affiliate)
Peringatan: Kouta Agen adalah sangat terhad, mungkin akan ditutup pada bila-bila masa, Jangan lepaskan peluang ini!

Lihat contoh abaya di https://www.facebook.com/AbayaMama/

Anda serious mahu menambah sumber kewangan untuk dunia & akhirat?

Whatsapp/Telegram 011-2300 8261 

atau 

email nikhabiz@gmail.com butiran berikut:

  • Nama Penuh
  • Nama FB
  • Lokasi
  • No. Telefon
  • E-mail
  • Tarikh Lahir
  • Pekerjaan sekarang
  • Kekerapan online
  • Matlamat perniagaan anda
 
Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

19 February 2016

Tip simpan duit bagi wanita bekerja

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Tip simpan duit bagi wanita bekerja, buat tabung.

Sedar tak sedar saya sudah bekerja makan gaji selama 12 tahun. Pada tahun-tahun awal bekerja, memang tiada simpanan. Kalau simpan pun di"korek" semula.

Saya ada terbaca kawan FB maklumkan dia ada 8 tabung. Nanti nak pm tabung apa. Risik rahsia orang berjaya ;)

Saya pun semak juga lah tabung yang ada :

1. Tabung Sedekah Subuh

Yang ni asyik on off je terisi. Ini suami yang suruh buat. Masukkan RM1 waktu Subuh atau sebelum keluar rumah setiap pagi. Dah penuh, sedekah. Duit dalam tabung ini juga guna untuk top up suami beli barang masa balik kampung (sedekah/hadiah untuk keluarga)

2. Tabung Syiling

Yang ni, asal jumpa syiling masukkan je. Saya pernah terbaca Puan Suraya Lunatots berpesan, hormatilah duit walaupun 1 sen. Kalau ada di lantai, ambil dengan syukur dan masukkan dalam tabung. Dengan bersyukur pada nilai duit yang kecil, insyaAllah kita akan ditemukan dengan nilai duit yang besar :)

Jangan pandang remeh pada Tabung Syiling. Jumlahnya lumayan juga tau. Saya pernah dapat sehingga RM600 untuk beberapa Tabung Syiling. Siapa nak bagi ratus-ratus tu kan ;)

3. Tabung RM20

Asal dapat duit RM20, simpan dan lupakan :D Jadi simpanan jangka masa panjang. Boleh masukkan dalam Tabung Haji atau beli emas.

4. Tabung RM5

Asal dapat duit ni, simpan. Gunanya untuk beli keperluan dan perbelanjaan keluarga (perabot dll), semasa hari raya, untuk persekolahan, percutian dan balik kampung.

5. Tabung Ofis

Setiap hari masukkan jumlah ganjil serendah RM1. Gunanya untuk kebajikan di ofis. Selalu ada kutipan untuk staf yang menerima musibah atau sumbangan perkahwinan, kelahiran, makan-makan, jadi boleh guna duit ni. Tidaklah terasa berat nak korek dompet bila belum gaji :)

6. Tabung Upah Jahit

Saya ambil tempahan alteration kawan-kawan ofis sahaja, potong jubah yang labuh. Masukkan dalam tabung dan lupakan. Nilainya bolehlah beli nasi sebungkus ;) Oklah tu, siapa nak bagi free kan. Simpan sikit-sikit, insyaAllah lama-lama boleh beli kain sepasang.

Kalau nak tambah sumber pendapatan, boleh je ambil tempahan jahit jubah yang simple. Tapi belum sanggup menahan keletihan dan kesakitan belakang. Jadi, ambil alter kecil-kecilan sahaja.

Yang penting, cari bakat dan kemahiran anda. Hasil dari kebolehan ini, anda boleh jana pendapatan tambahan. Ia penting jika kita berniat untuk pencen awal. Pendapatan tambahan ini boleh jadi pendapatan utama bila bersara nanti.

7. Tabung Mek & Che'

Yang ni, setiap bulan peruntukkan sejumlah duit. Bila balik kampung, bagi sekaligus. Che' selalu menolak, sebab dia masih kerja sendiri (jual ulaman, buah, peralatan jenazah, upah mandi jenazah). Duit yang dapat tu dapat dia simpan sikit-sikit sampai boleh buat rumah sewa, renovate rumah, beli kereta terpakai. Kagum anaknya, kalah orang kerja makan gaji ..huhu.. Bila dia menolak, saya tinggalkan juga duit tu, pesan bagi kat tabung masjid, barulah dia ambil.

Masa awal bekerja, tak amalkan peruntukan setiap bulan untuk mak ayah. Bagi bila ada lebih. Hakikatnya duit tak pernah cukup. Bila wajibkan peruntukan setiap bulan ni, saya rasa rezeki lebih lapang. Alhamdulillah.


Untuk wanita yang bekerja, cubalah amalkan tabung-tabung ni. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua :D. Malam tadi saya menonton sharing Puan Zaila, anak didik Dr Azizan Osman di IMKK. Dia berpesan untuk wanita khususnya yang telah berkeluarga, "Ingatlah suami adalah pinjaman semata-mata, dia boleh tinggalkan kita pada bila-bila masa dan Allah boleh ambil pada bila-bila masa. Belajarlah menjana pendapatan sendiri", dan saya tambah belajarlah mengurus duit sendiri untuk masa depan.



Doa / Kuasa Tarikan
===============
Mula beberapa bulan ni, dah asingkan dari tabung RM5.
Sebelum ni guna dua-dua untuk beli sesuatu.
Kali ni tabung RM20 untuk "dilupakan"
.
Terdetik dah lama tak dapat RM20 berbanding RM5.
Masa bayar makanan, bagi RM50.
Dapat baki ni.
Allahu, syukur impian terus makbul.
Maka patuh pada janji diri sendiri.
Masuk tabung dan "lupakan" πŸ’ͺ

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

 Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

15 January 2016

Kemudahan sewaan ruang di UKM Bangi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Kolej Za'ba UKM

Anda mencari ruang sewaan untuk sebarang majlis khususnya bengkel/kursus/seminar perniagaan yang ingin dijalankan?


Klik gambar untuk lebih jelas.

Ruang-ruang ini boleh disewa secara harian atau mingguan.
Sebarang pertanyaan mengenai tempahan penginapan luar sila hubungi:

Pn. Norazian Mahmud Muslim
Tel: 03 8921 6008/6851
Faks:03 8921 6846
Email: azianmuslim79@gmail.com

Borang Tempahan Penginapan Luar hendaklah dihantar kepada:

Pengetua
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Faks: 03 8921 6846
Email: azianmuslim79@gmail.com; c.c. aslong@ukm.edu.my


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin. 
===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
 Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my 

 Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
 Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

10 January 2016

Bagaimana bisnes itu ibadah?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

 
+ Sebenarnya setiap gerak geri & kerja kita adalah IBADAH? selagi cara kerja tidak lari dari syariah & NIAT kerana Allah, maka ia dalam kategori ibadah . 

+ Sekecil mana pun akan dikira ibadah selagi ikut apa yang Allah perintah, . Nak Contoh? . 

+ Saya petik dari hadith Rasulullah, . Rasulullah SAW bersabda, “Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?.” Rasulullah menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala.” (HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah) . 

+ Pergaulan suami isteri pun diberi pahala, bagaimana pula kalau bisnes yang lebih besar dari pergaulan itu? . Bisnes Meningkatkan EKONOMI Umat Islam.. .

+ Seorang usahawan MUSLIM akan beroleh PAHALA yang banyak jika dia mengeluarkan sesuatu produk itu dikuasai oleh NON-MUSLIM . 

+ Kehadiran usahawan seperti ni dianggap FARDU KIFAYAH untuk masyarakat sesuatu tempat, bahkan menjadi FARDU AIN kepada USAHAWAN yang boleh mengeluarkan produk untuk bantu masyarakat setempat membuat pilihan produk muslim. . Ya.. FARDU AIN bagi anda yang mampu berniaga! . 

+ Ganjaran pahala FARDU AIN sangat besar! . 

+ Usahwan seperti ni banyak KELEBIHAN & KEUNTUNGAN yang diperoleh di dunia lagi, bahkan berganda di akhirat! insyallah! . 

+ Saya petik kata2 Ustaz Sukki Othman: . " Lebih ramai pelanggan, lebih banyak keuntungan & lebih besar pahala!" . 

+ Usahawan perlu berusaha mengeluarkan produk yang menyelesaikan masalah RAMAI ORANG, di situ dia boleh menghasilkan sumber pahala yang banyak. . 

+ Lagi ramai orang yang dibantu, lagi banyak pahala yang diperoleh! 

. #jubahmenyusu #specializednursingabaya #abayacustomizecenter #SiFuSharing 


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

 ===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
 Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my 

 Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

Apa best sangat agen dropship SiFu ni??

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Koleksi Peribadi



Setiap bulan team SiFu akan bagi hadiah2 yang best untuk ADS (agen dropship SiFu) sebagai penghargaan penat lelah menyebarkan kelebihan abaya SiFu.
.
Terima kasih pada ADS sekalian! & tak lupa juga pada ‪#‎sifuabayalovers‬ yang tak putus2 support kami.
.
Order semakin banyak, semakin ramai yang mendapat manfaat dari abaya SiFu.
.
------------
Berminat Jadi Agen Dropship SiFu?
------------
.
Whatsapp DROPSHIP ABAYA ke 011-2300 8261
Whatsapp DROPSHIP ABAYA ke 011-2300 8261
Whatsapp DROPSHIP ABAYA ke 011-2300 8261
.
‪#‎agendropshipabaya‬ ‪#‎agendropshipjubah‬


  • Komisen dapat, 
  • nak pakai sendiri dapat harga lebih murah, 
  • dapat hadiah lagi setiap bulan!
  • ilmu bisnes Percuma, dapat senang-senang je melalui online.

Sangat bermanfaat dan mudah.
Masih mahu fikir-fikir?
Teruslah fikir-fikir, jika anda masih selesa walaupun kekangan kewangan semakin menghimpit.
Ramai agen dah bermula untuk merubah hidup.

Mulakan langkah pertama;
Whatsapp DROPSHIP ABAYA ke 011-2300 8261
Whatsapp DROPSHIP ABAYA ke 011-2300 8261
Whatsapp DROPSHIP ABAYA ke 011-2300 8261


INGAT! HANYA UNTUK ANDA YANG BERANI MELABUR RM80 SAHAJA! ;)

Lihat contoh abaya di FB --> https://www.facebook.com/AbayaMama/


Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

 ===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
 Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my 

 Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

07 January 2016

Doa perniagaan maju

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Facebook

InsyaAllah
Sama-sama amalkan




Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya?
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah?
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan?
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

06 January 2016

Tip mengubati sakit dalaman

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Ubat sakit dalaman (sedih/stress/buntu/denial dll.)
Kembali pada Allah, dekat pada alam.
.
Tip Ustazah Norhafizah:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
- Keluar ke tempat lapang.
- Muhasabah.
- Tengok langit luas.
- Apa yang kita hadapi ni kecil sangat ...




.
Tip Puan Diana Tahir:
••••••••••••••••••••••••••••
- Pastikan kulit kena cahaya matahari setiap pagi.
- Makan buah warna oren/kuning.
 


Tip Puan Nor Azian Abu Kassim:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
- Berjalan atas rumput 10 minit
sambil senaraikan 10 kelebihan yg ada dalam diri, tengok kelebihan diri
- kemudian wajib jogging untuk dpt balik momentum dan recharge
- Pijak rumput hijau adalah teknik utk alam sedut bad ENERGY dalam diri.
.




Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

 ===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha

05 January 2016

Tip urus tekanan dan murah rezeki

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

BERSYUKUR
==========
3 cara bersyukur:
1. Bersyukur atas sesuatu yg telah berlaku.
Cth: ada kerja, suami, anak.
.
2. Bersyukur atas sesuatu yg baik tapi dipandang ringan.
Cth: boleh bernafas, tempat kerja dekat, orang bagi laluan masa melintas.
.
3. Bersyukur atas musibah.
Cth: sakit tapi masih boleh bekerja, gagal dalam pelajaran tapi pandai memasak, bertukang.
.
Sumber: Sihat, MetroAhad, 3 Jan 2016.


[Kredit]



Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
 Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my 

Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> http://jutawanpowergold.biz/nikzaleha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...