19 February 2016

Tip simpan duit bagi wanita bekerja

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Tip simpan duit bagi wanita bekerja, buat tabung.

Sedar tak sedar saya sudah bekerja makan gaji selama 12 tahun. Pada tahun-tahun awal bekerja, memang tiada simpanan. Kalau simpan pun di"korek" semula.

Saya ada terbaca kawan FB maklumkan dia ada 8 tabung. Nanti nak pm tabung apa. Risik rahsia orang berjaya ;)

Saya pun semak juga lah tabung yang ada :

1. Tabung Sedekah Subuh

Yang ni asyik on off je terisi. Ini suami yang suruh buat. Masukkan RM1 waktu Subuh atau sebelum keluar rumah setiap pagi. Dah penuh, sedekah. Duit dalam tabung ini juga guna untuk top up suami beli barang masa balik kampung (sedekah/hadiah untuk keluarga)

2. Tabung Syiling

Yang ni, asal jumpa syiling masukkan je. Saya pernah terbaca Puan Suraya Lunatots berpesan, hormatilah duit walaupun 1 sen. Kalau ada di lantai, ambil dengan syukur dan masukkan dalam tabung. Dengan bersyukur pada nilai duit yang kecil, insyaAllah kita akan ditemukan dengan nilai duit yang besar :)

Jangan pandang remeh pada Tabung Syiling. Jumlahnya lumayan juga tau. Saya pernah dapat sehingga RM600 untuk beberapa Tabung Syiling. Siapa nak bagi ratus-ratus tu kan ;)

3. Tabung RM20

Asal dapat duit RM20, simpan dan lupakan :D Jadi simpanan jangka masa panjang. Boleh masukkan dalam Tabung Haji atau beli emas.

4. Tabung RM5

Asal dapat duit ni, simpan. Gunanya untuk beli keperluan dan perbelanjaan keluarga (perabot dll), semasa hari raya, untuk persekolahan, percutian dan balik kampung.

5. Tabung Ofis

Setiap hari masukkan jumlah ganjil serendah RM1. Gunanya untuk kebajikan di ofis. Selalu ada kutipan untuk staf yang menerima musibah atau sumbangan perkahwinan, kelahiran, makan-makan, jadi boleh guna duit ni. Tidaklah terasa berat nak korek dompet bila belum gaji :)

6. Tabung Upah Jahit

Saya ambil tempahan alteration kawan-kawan ofis sahaja, potong jubah yang labuh. Masukkan dalam tabung dan lupakan. Nilainya bolehlah beli nasi sebungkus ;) Oklah tu, siapa nak bagi free kan. Simpan sikit-sikit, insyaAllah lama-lama boleh beli kain sepasang.

Kalau nak tambah sumber pendapatan, boleh je ambil tempahan jahit jubah yang simple. Tapi belum sanggup menahan keletihan dan kesakitan belakang. Jadi, ambil alter kecil-kecilan sahaja.

Yang penting, cari bakat dan kemahiran anda. Hasil dari kebolehan ini, anda boleh jana pendapatan tambahan. Ia penting jika kita berniat untuk pencen awal. Pendapatan tambahan ini boleh jadi pendapatan utama bila bersara nanti.

7. Tabung Mek & Che'

Yang ni, setiap bulan peruntukkan sejumlah duit. Bila balik kampung, bagi sekaligus. Che' selalu menolak, sebab dia masih kerja sendiri (jual ulaman, buah, peralatan jenazah, upah mandi jenazah). Duit yang dapat tu dapat dia simpan sikit-sikit sampai boleh buat rumah sewa, renovate rumah, beli kereta terpakai. Kagum anaknya, kalah orang kerja makan gaji ..huhu.. Bila dia menolak, saya tinggalkan juga duit tu, pesan bagi kat tabung masjid, barulah dia ambil.

Masa awal bekerja, tak amalkan peruntukan setiap bulan untuk mak ayah. Bagi bila ada lebih. Hakikatnya duit tak pernah cukup. Bila wajibkan peruntukan setiap bulan ni, saya rasa rezeki lebih lapang. Alhamdulillah.


Untuk wanita yang bekerja, cubalah amalkan tabung-tabung ni. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua :D. Malam tadi saya menonton sharing Puan Zaila, anak didik Dr Azizan Osman di IMKK. Dia berpesan untuk wanita khususnya yang telah berkeluarga, "Ingatlah suami adalah pinjaman semata-mata, dia boleh tinggalkan kita pada bila-bila masa dan Allah boleh ambil pada bila-bila masa. Belajarlah menjana pendapatan sendiri", dan saya tambah belajarlah mengurus duit sendiri untuk masa depan.



Doa / Kuasa Tarikan
===============
Mula beberapa bulan ni, dah asingkan dari tabung RM5.
Sebelum ni guna dua-dua untuk beli sesuatu.
Kali ni tabung RM20 untuk "dilupakan"
.
Terdetik dah lama tak dapat RM20 berbanding RM5.
Masa bayar makanan, bagi RM50.
Dapat baki ni.
Allahu, syukur impian terus makbul.
Maka patuh pada janji diri sendiri.
Masuk tabung dan "lupakan" πŸ’ͺ

Salam kejayaan & kekayaan dunia & akhirat.
Aamiin.

===========
Berminat untuk bekerja dari rumah dengan menjadi Agen Dropship Abaya? 
Email dengan subjek "ADS" ke nikhabiz@gmail.com 

Mahu mencari baju menyusu patuh syariah? 
Jemput ke Butik Abaya & Alteration Baju Menyusu >> http://clothdnz.blogspot.my

 Mahu membuat Simpanan Jangka Masa Panjang sambil menjana pendapatan? 
Jemput ke >> Simpanan Emas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...